Beza Ultrasound dan Mamogram

mamogram dan ultrasound payudara melengkapi satu sama lain. Mamogram lebih sesuai sebagai screening kepada semua wanita berumur 40 tahun ke atas, diikuti ultrasound sekiranya keputusan mamogram tidak konklusif. Manakala ultrasound dipilih sekiranya terdapat benjolan atau kelainan lain dikesan terhadap wanita berumur di bawah 40 tahun.

Diterbitkan pada: March 7, 2019

Kategori: Breast Scan

Masih ramai beranggapan mamogram dan ultrasound payudara adalah sama. Sebelum melihat apakah beza ultrasound dan mamogram, kita fahami dulu perihal ringkas mamogram.

Apakah mamogram ?

Diagram mamogram

Mamogram adalah teknik pengimejan tisu payudara menggunakan prisip x-ray (prinsip yang sama apabila membuat x-ray dada) bertujuan melihat struktur keseluruhan payudara.

Apakah tujuan mamogram?

Tujuan utama mamogram adalah sebagai pengesanan awal kanser payudara. Mamogram dapat mengesan ketumbuhan payudara pada peringkat awal iaitu sebelum ia boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal.

Siapakah yang memerlukan mamogram?

  • Semua wanita berumur 40 tahun ke atas.
  • Wanita berumur di bawah 40 tahun sekiranya mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser payudara dan di atas nasihat pegawai perubatan

Bagaimanakah mamogram dilakukan?

  • Mamogram dilakukan oleh juru x-ray wanita. Ia mengambil masa antara 10-30 minit
  • Anda akan diminta menukar gaun pemeriksaan yang disediakan. Sebarang barang kemas dan aksesori mesti ditanggalkan.
  • Payudara akan diletakkan di antara 2 plat pada mesin mamogram
  • Sedikit compression pada payudara akan dikenakan untuk mendapatkan imej yang baik
  • Imej akan diambil menggunakan sinar-x. 2 keping imej dari sudut berbeza terhasil.
  • Imej akan diteliti oleh pakar radiologist dan laporan akan dikeluarkan
Contoh imej normal mamogram
Source : www.radiopedia.com

Apakah persediaan sebelum mamogram?

  • Elakkan minuma berkafein, soda bikarbonat dan minuman coklat seminggu sebelum pemeriksaan. Kafein dipercayai boleh menyebabkan payudara berasa sakit semasa teknik compression dilakukan.
  • Jadualkan temujanji mamogram selepas kedatangan haid. Pada waktu ini payudara kurang sensitif dan mengurangkan ketidakselesaan semasa compression.
  • Digalakkan memakai seluar atau kain bersama blaus. Ini kerana gaun peperiksaan hanya menutup bahagian atas badan.
  • Elakkan memakai minyak wangi, deodorant atau krim di bahagian payudara. Ini dikhuatiri menjejas kualiti imej yang dihasilkan.

Apakah beza ultrasound dan mamogram?

  1. Ultrasound menggunakan gelombang bunyi manakala mamogram menggunakan sinar-x untuk menghasilkan imej.
  2. Ultrasound sesuai untuk semua peringkat umur manakala kerana penggunaan sinar-x, hanya wanita berusia 40 tahun ke atas digalakkan menjalaninya (kecuali atas sebab-sebab tertentu berdasarkan nasihat pegawai perubatan).
  3. Mamogram memberi gambaran keseluruhan keadaan tisu payudara dalam satu imej, menjadikannya sangat sesuai untuk tujuan screening. Imej ultrasound adalah terfokus pada lokasi tertentu payudara.
  4. Mamogram kurang sensitif terhadap tisu payudara yang padat (dense breast). Ultrasound dijadikan pemeriksaan tambahan selepas mamogram. Ini kerana dikhuatiri terdapat ketumbuhan tetapi tidak kelihatan dalam mamogram kerana kepadatan tisu payudara menyebabkan pertindihan signal dalam sinar-x.
  5. Sekiranya payudara bersaiz besar, mamogram boleh menghasilkan imej pada bahagian payudara yang dalam manakala sensitivity ultrasound berkurangan bagi kawasan tersebut.
  6. Mamogram lebih sensitive untuk mengesan microcalcification pada tisu payudara tetapi ultrasound digunakan untuk  membezakan samada ketumbuhan bersifat cystic atau solid.
Contoh imej dense breast dalam mammogram
Source: www.adclinic.com

Kesimpulannya, mamogram dan ultrasound payudara melengkapi satu sama lain. Mamogram lebih sesuai sebagai screening kepada SEMUA wanita berumur 40 tahun ke atas, diikuti ultrasound sekiranya keputusan mamogram tidak konklusif. Manakala ultrasound dipilih sekiranya terdapat benjolan atau kelainan lain dikesan terhadap wanita berumur di bawah 40 tahun.

Apakah beza ultrasound payudara dan mamogram?

Ramai yang khuatir tentang kesan sinar-x yang digunakan untuk mamogram. Secara perbandingan tenaga sinar-x yang digunakan untuk mamogram sama seperti kekuatan yang digunakan semasa x-ray gigi dan jauh lebih kecil dengan sinar-x yang digunakan untuk x-ray dada.

Ketidakselesaan akibat teknik compression juga hanyalah bersifat sementara jika perlu dibandingkan dengan manfaat dan kepentingannya.

Memahami kepentingan mamogram, kerajaan Malaysia melalui Lembaga Penduduk Dan Pembangnan Keluarga (LPPKN) menawarkan program pemeriksaan mamogram percuma atau subsidi kepada wanita berumur 40 tahun ke atas di mana mamogram boleh dijalankan di beberapa klinik dan pusat perubatan yang mengambil bahagian. Lawati halaman http://mamogram.lppkn.gov.my/KlinikLPPKN/Application/GetSubsidi.aspx untuk maklumat lanjut dan permohonan.

ARTIKEL DALAM KATEGORI LAIN

KOMEN & DISKUSI

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *