Artikel ini akan menerangkan secara ringkas tentang breast scan atau juga dikenali sebagai ultrasound scan payudara. Pertama sekali perlu diketahui bahawa pemeriksaan payudara dengan ultrasound tidak melibatkan radiasi dan selamat untuk semua peringkat umur. Sebenarnya, ia menggunakan prinsip ultrasound yang sama seperti ultrasound scan semasa mengandung.
Kenapa wanita perlu buat breast scan?
3 tujuan utama pemeriksaan ultrasound payudara dilakukan ialah:
- Mengenalpasti jenis-jenis breast lump ataupun benjolan/ketulan tisu payudara
Oleh kerana prosedur yang mudah dan cepat, ultrasound digunakan sebagai primary investigation sekiranya terdapat keganjilan/abnormalities yang dikesan semasa pemeriksaan fizikal oleh doktor atau pemeriksaan sendiri di rumah. Antara keganjilan yang biasanya memerlukan pemeriksaan ultrasound ialah sekiranya terdapat ketulan payudara atau jika terdapat nipple discharged.
- Pengesanan barah payudara atau breast cancer
Mammogram masih dianggap teknik pengimejan utama dalam rutin mengesan barah payudara (breast cancer screening ). Walaubagaimanapun, oleh kerana mammogram meggunakan prinsip ionized radiation, ia tidak digalakkan dijalankan terhadap wanita di bawah umur 40 tahun jika pesakit tidak termasuk dalam golongan high risk. Oleh kerana wanita di bawah umur 40 tahun juga terdedah kepada risiko barah payudara, maka ultrasound lebih banyak menjadi pilihan.
- Digunakan semasa prosedur biopsi (fine needled biopsy)
Sekiranya ketulan atau benjolan yang ditemui dalam ultrasound bersifat suspicious doktor akan menjalankan biopsy dengan bantuan ultrasound. Biopsi adalah prosedur dimana sedikit tisu benjolan tersebut diambil dan dihantar ke makmal untuk kajian lanjut samada benjolan itu mengandungi sel kanser.
Breast scan juga digunakan sebagai follow-up terhadap benjolan/ketumbuhan yang ditemui sebelumnya.
Siapakah yang perlu menghadiri breast scan ultrasound?
Semua wanita yang menemui keganjilan payudara seperti berikut :
- Terdapat benjolan atau ketulan di kawasan payudara atau di bawah ketiak
- Terdapat nipple discharge iaitu sebarang lendiran yang keluar dari putting payudara samada berwarna jernih, nanah atau darah
- Bentuk payudara yang tidak sekata samada tertarik ke satu bahagian atau salah satu payudara bertambah saiz dalam tempoh yang singkat.
- Puting yang tiba-tiba tenggelam tau tertarik ke dalam
- Rasa bengkak yang berlarutan
- Terdapat tompokan warna kulit yang berbeza yang baru terbentuk
- Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap barah payudara
- Semua wanita berumur 40 tahun ke atas.
Bagaimanakah breast scan (ultrasound scan payudara) dilakukan?
Pemeriksaan ultrasound payudara tidak memerlukan sebarang persediaan tertentu. Sebaiknya, hadir dengan pakaian yang ringkas (simple) dan selesa kerana anda akan diminta menanggalkan pakaian dan memakai gaun pemeriksaan. Sesetengah klinik/hospital akan meminta anda menanggalkan barang kemas, tetapi pemakaian barang kemas tidak akan menjejaskan keputusan ultrasound.
Selepas berpakaian gaun pemeriksaan, anda akan diminta berbaring telentang. Sonographer akan mula menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap tisu payudara. Kemudian, gel ultrasound akan diletak di atas payudara. Transducer ultrasound akan “dilalukan” di keseluruhan permukaan breast termasuk ketiak. Songrapher akan memerhatikan komposisi tisu payudara dalam skrin ultrasound. Sekiranya tumor dapat dikesan, klasifikasi tumor akan dilakukan untuk menentukan rawatan susulan (jika perlu) dan sebagainya.
Adakah breast scan menyakitkan?
Ultrasound scan payudara tidak melibatkan tekanan kuat terhadap tisu payudara. Anda tidak akan berasa sakit.
Bagaimanakah keputusan ultrasound scan payudara?
Imej-imej yang diperolehi semasa pemeriksaan ultrasound akan disemak oleh radiologist atau doktor yang bertauliah mengintepretasi imej-imej ultrasound payudara. Keputusan tersebut akan diterangkan kepada anda. Laporan bertulis juga akan disediakan untuk rekod anda.
Doktor akan menerangkan secara terperinci sekiranya, follow-up atau rawatan susulan diperlukan.
Berikut contoh-contoh imej normal breast ultrasound:
Apakah jenis-jenis ketumbuhan atau tumor payudara (breast lump)?
Secara amnya, ketumbuhan atau tumor terbahagi kepada 2 jenis samada tumor bersifat cecair (cyst) atau tumor bersifat solid tissue.
Perlu difahami bahawa tidak semua jenis tumor dapat dikesan melalui pemeriksaan sendiri di rumah, terutamanya jika ia kecil dan/atau terletak di lapisan payudara dalam. Bahkan, ramai wanita memilikinya tanpa mengetahuinya. Inilah antara sebab, wanita digalakkan menjalankan pemeriksaan rutin (setahun sekali contohnya ) berdasarkan faktor risiko seseorang.
Adakah semua tumor atau ketumbuhan payudara berbahaya?
Tidak. Terdapat banyak jenis ketumbuhan payudara dan salah satu fungsi ultrasound ialah untuk mengklasifikasi jenis-jenis tumor tersebut.
Antara contoh-contoh ketumbuhan yang ditemui semasa breast ultrasound scan:
Hanya melalui kombinasi breast ultrasound scan, mammogram, MRI (atau gabungan) dan ujian biopsy, komponen tumor payudara dapat dipastikan dengan tepat samada mengandungi sel kanser atau tidak.
0 Comments