Menjadi lumrah setiap ibu yang hamil sentiasa merisaukan keadaan kandungannya. Mereka sentiasa tertanya-tanya samada bayi yang dikandung membesar dengan sihat ataupun mempunyai sebarang masalah tumbesaran.
Detailed scan juga dikenali fetal anomaly scan telah diperkenalkan sejak 30 tahun dahulu. Walaubagaimanapun, ia tidak dipraktis dengan begitu meluas di Malaysia sehingga 15 tahun kebelakangan ini.
Bila perlu buat detailed scan ni?
Detail scan yang juga dikenali sebagai fetal anomaly scan, dilakukan pada trimester kedua kehamilan. Trimester kedua adalah tempoh antara minggu ke 14 dan minggu ke 27 kehamilan. Walaubagaimanapun, waktu paling ideal melakukan detail scan ialah antara minggu ke 18 hingga minggu ke 24 kehamilan.
Kenapa perlu buat detailed scan?
Objektif utama detailed scan 2D ultrasound ialah :
- Memeriksa tumbesaran keseluruhan baby
- Memeriksa struktur, anggota dan organ baby
- Menentukan kedudukan uri
- Menilai jumlah air ketuban
- Melihat jantina bayi
Sekiranya anggota atau organ bayi didapati tidak sempurna atau bermasalah seperti masalah jantung, ibu akan dirujuk kepada pakar berkaitan untuk pengurusan seterusnya seperti menentukan method dan hospital yang sesuai untuk melahirkan bayi.
Mengapakah detailed scan tidak sesuai dilakukan sebelum 18 minggu dan selepas 25 minggu?
Sebelum 18 minggu, beberapa organ penting bayi seperti jantung terlalu kecil untuk diperiksa. Sekiranya terdapat masalah pada jantung, kemungkinan tinggi ianya tidak dapat dilihat.
Selepas 25 minggu pula, bayi selalu berada dalam keadaan melengkung kerana ruang dalam rahim yang semakin sempit. Penilaian terhadap struktur tulang menjadi terhad. Tulang rusuk bayi pula lebih padat dan menghalang struktur jantung dapat dilihat dengan jelas.
Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat permintaan dari docktor atau ibubapa, limited detailed scan masih boleh dilakukan dan sebarang limitasi akan dibincangkan selepas pemeriksaan ultrasound.
Apakah anggota dan bahagian baby yang diperiksa semasa detailed scan?
Pemerhatian terperinci menggunakan 2D ultrasound dilakukan oleh sonographer terlatih dan bertauliah terhadap setiap struktur berikut :
- Kepala – bentuk tengkorak dan struktur otak.
- Muka – profil muka, soket dank anta mata, hidung, mulut dan lelangit.
- Jantung – kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama.
- Diaphragm – otot di antara bahagian dada dan abdomen
- Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing
- Tulang belakang
- Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari.
- Jantina baby
- Tali pusat
- Keadaan serviks ibu
- Kedudukan uri – perlu diperhati samada normal atau uri rendah.
- Amaun amniotic fluid – diukur untuk memastikan ianya mencukupi menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim.
Keseluruhan pemeriksaan detailed scan bayi mengambil masa antara 20-30 minit jika dilakukan oleh sonographer terlatih. Dengan perkembangan terkini ultrasound, 3D 4D scan juga kadangkala digunakan terutamanya untuk menilai imej wajah bayi. Secara tidak langsung, anda berpeluang “mengintai” muka baby buat seketika. Lihat imej-imej detailed scan baby.
Apakah contoh abnormalities yang dapat dikesan semasa detail scan?
Jadual di bawah adalah senarai abnormalities dan kerangkalian ianya dapat dikesan semasa detailed scan:
Abnormality | Definisi | Kebarangkalian dapat dikesan |
Anencephaly | Tiada tempurung kepala | 99% |
Spina bifida | Kecacatan tulang belakang, saraf tunjang dan bahagian belakang otak | 90% |
Exomphalus dan gastrochisis | Dinding abdomen tidak sempurna menyebabkan sebahagian/semua organ abdomen diluar badan baby | 90% |
Kecacatan tangan dan kaki serius | Ketiadaan tulang tangan atau kaki atau bentuk tulang yang bengkok dan sangat pendek | 90% |
Major kidney problem | Ketiadaan atau kecacatan buah pinggang | 85% |
Hydrocephalus | Pengumpulan abnormal cecair didalam otak | 60% |
Diaphragmatic hernnia | Lubang pada diapragm menyebabkan organ abdomen “berpindah” ke bahagian dada | 60% |
Down’s Sindrome | Sekiranya terdapat keabnormalan ketara terhadap jantung dan system penghadaman | 40% |
Major congenital heart defect | Masalah jantung serius | 25% |
Cerebral palsy | Kelumpuhan otak | Tidak dapat dikesan |
Autism | Gangguan melibatkan saraf otak | Tidak dapat dikesan |
Bagi keabnormalan genetik seperti Down’s Syndrome, Edward Syndrome dan Patau Syndrome, ultrasound tidak dapat memberi keputusan diagnostik. Keabnormalan genetik hanya boleh dipastikan melalui amniocentesis atau chorionic villus sampling. Sejak beberapa tahun ini, teknik Non Invasive Chromose Check (NICC) atau Non Invasive Prenatal Test (NIPT) juga semakin banyak digunakan.
Apakah ketepatan scan ultrasound dalam mengesan abnormalities?
Ultrasound adalah satu-satunya teknik pengimejan yang digunakan secara meluas untuk mengesan abnormality bayi dalam kandungan. Ketepatannya bergantung kepada jenis-jenis abnormalities dan tempoh kehamilan pemeriksaan ultrasound dilakukan. Bagi abnormalities serius yang melibatkan struktur bayi, kadar ketepatannya antara 60% hingga 85%*.
Sebagai contoh, keadaan yang dikenali hydrocephalus kadangkala hanya berlaku pada trimester ketiga. Oleh itu, besar kemungkinan keputusan detailed scan pada trimester kedua adalah normal. Maka di sinilah pentingnya setiap pemeriksaan ultrasound sama ada detailed scan atau growth scan perlu dilaksanakan oleh sonographer bertauliah.
*Ketepatan keputusan ultrasound juga bergantung kepada kualiti imej ultrasound. Lihat faktor-faktor utama yang menjadi limitasi dalam ultrasound scan
0 Comments