Sedutan daripada artikel yang dipaparkan di harian Metro pada 11 Januari 2018:
Hari ini kebanyakan bakal ibu dilihat begitu teruja memuat naik gambar dan video bayi dalam rahim versi hitam putih, imbasan 3D, 4D malah 5D, tidak kira di laman media sosial atau menerusi aplikasi pesanan. Tetapi sejauh mana selamatnya ujian imbasan ultrabunyi dan adakah ia perlu dilakukan?
Jika diperhatikan, secara purata, kira-kira 90 peratus daripada bakal ibu kini menjalani sekurang-kurangnya dua kali imbasan ultrabunyi untuk memeriksa bayi mereka ketika mengandung. Apakah tujuan sebenar imbasan ultrabunyi selain mendapatkan gambar dan video bayi dalam kandungan untuk simpanan ibu bapa?
Memahami semula fungsi dan peranannya, sonografer berpengalaman, Nur Marni Ahmad berkata, imbasan ultrabunyi yang digunakan dalam pengimejan perubatan membabitkan penggunaan gelombang bunyi berfrekuensi di antara dua hingga 15 megahertz (MHz) untuk menghasilkan imej organ dalaman atau struktur badan tertentu.
“Frekuensi ini di luar julat pendengaran manusia. Ketika proses imbasan berlaku, gelombang ultrabunyi dihasilkan oleh transducer (pemindah arus) yang dipegang pengendali dan seterusnya menembusi lapisan kulit, lemak, otot serta organ manusia.
Artikel penuh boleh didapati di pautan ini: https://www.hmetro.com.my/hati/2018/01/302374/fungsi-perincian-berbeza-ultrabunyi
0 Comments