Pemeriksaan kehamilan: Bila waktu paling sesuai?

Oct 18, 2017 | First Trimester Scan, Pregnancy Scan

Inilah persoalan yang selalu bermain di minda bakal ibu, terutama sekali bagi yang baru pertama kali hamil. Bila masa yang sesuai untuk berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan kehamilan atau pregnancy check up. Baik, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid regular, kandungan boleh dikesan seawal minggu ke-5. Minggu di sini dikira minggu kelima daripada hari pertama kitaran haid yang terakhir. Faham ke?

Ok, saya bagi contoh bagaimana nak kira lah senang cerita. Katakan haid terakhir anda ialah pada minggu kedua bulan September. Dan hari pertama kitaran haid tersebut ialah pada 8 September. Maka 5 minggu bermula dari 8 September itulah baru kandungan dapat dikesan. Jadi 8 September tambah 5 minggu bersamaan 17 Oktober. Nampak tak di sini pentingnya kita keep track kitaran haid?

Pemeriksaan kehamilan dengan pregnancy test kit

Kalau tak datang haid tu, cubalah buat pemeriksaan kehamilan dengan cara pregnancy test kit. Boleh beli di farmasi kit pregnancy test yang kesan melalui air kencing tu. Kehadiran hormon hCG melalui ujian air kencing pada tempoh ini boleh memberi keputusan positif hamil. Sekiranya positif, sebaiknya berjumpa pegawai perubatan untuk pemeriksaan seterusnya.

Pemeriksaan bersama pegawai perubatan pada peringkat awal kehamilan sangat penting untuk beberapa tujuan berikut:

  1. Memastikan kehadiran kantung bayi di dalam rahim
  2. Memastikan tiada risiko kandungan luar rahim
  3. Menentukan tarikh jangka kelahiran
  4. Sekiranya kehamilan kembar (atau lebih), untuk menentukan jenis kembar.
  5. Membekalkan ibu dengan supplement berkaitan yang sangat penting diambil semasa awal kehamilan.

Selebihnya, ikutlah nasihat doktor kerana management seterusnya berbeza bagi setiap orang. Walaupun, anda baru sahaja mendapat tahu tentang kehamilan ini dan merasakan terlalu awal untuk membuat pemeriksaan kehamilan, perkara sebaliknya berlaku terhadap perkembangan janin.

Minggu kelima

First Trimester Ultrasound Scan - Embryo 5 WeeksPada minggu ke-5, usia sebenar janin adalah antara 15-22 hari. Embrio telah terbentuk di dalam kantung bayi tetapi terlau kecil untuk dilihat (anggaran saiz 4mm) secara jelas. Antara aktiviti utama tempoh ini ialah pembentukan awal neural, tulang, jantung dan lapisan awal kulit.

Minggu keenam

Pada minggu ke-6, anggaran saiz janin ialah 5mm. Proses utama dalam tempoh ini dipanggil organogenesis – iaitu sel dan tisu mula membentuk ciri-ciri spesifik untuk pembentukan organ-organ. Sebagai contoh, tisu di bahagian “kepala” mula menjadi tisu untuk mata, telinga, atau otak.

Manakala tisu di bahagian “badan” mula menjadi tisu tulang atau organ-organ lain. Pada ketika ini, jantung bayi telah berfungsi dan dapat dikesan dengan ultrasound. Neural tube mula tertutup. Kegagalan neural tube tertutup sempurna boleh menyebabkan abnormalities berkaitan otak, tulang belakang dan saraf tunjang. Jangan ambil mudah ya perkara ini, ikutlah nasihat pakar perubatan.

Minggu ketujuh

First Trimester Ultrasound Scan - Embryo 7 WeeksPada minggu ke-7, anggaran saiz janin 8mm. Pada ketika ini, Setiap organ dan system membentuk dengan lebih kompleks. Sebagai contoh, jantung mula membahagi kepada 4 bahagian. Tisu otak pertama yang terbentuk ialah tisu serebral.

Di bahagian abdomen pula, tisu hati mula terbentuk manakala bahagian kepala dan badan kelihatan lebih jelas. Tangan dan kaki juga sudah mula kelihatan.

Minggu kelapan

First Trimester Ultrasound Scan - Embryo 8 Weeks 02

First Trimester Ultrasound Scan - Embryo 8 Weeks 01Pada minggu ke-8, anggaran saiz janin ialah 16mm. Pada masa ini, tangan dan kaki kelihatan lebih panjang. Jantung akan dapat dilihat dengan lebih jelas. Badan kelihatan lebih lurus. Antara organ yang menjadi lebih matang ialah beberapa jenis kelenjar seperti thymus, pituitary, adrenal, parathyroid. Jantung dan paru-paru “berpindah” ke bahagian toraks.  Bibir, lidah, hidung, rahang dan tulang mata mula terbentuk.

Minggu kesembilan

First Trimester Ultrasound Scan - Embryo 9 Weeks 01

First Trimester Ultrasound Scan - Embryo 9 Weeks 02

Pada minggu ke-9, anggaran saiz janin 23mm. Ketika ini, majoriti system tubuh seperti system endocrine, respiratory, neural, mula berfungsi. Usus terbentuk di “luar” abdomen janin dan pergerakan bayi telah dapat dilihat. Juga, struktur muka dan otak bayi mula kelihatan.

Minggu kesepuluh

First Trimester Ultrasound Scan - Embryo 10 Weeks 01

First Trimester Ultrasound Scan - Embryo 10 Weeks 02

First Trimester Ultrasound Scan - Embryo 10 Weeks 03

Proses akhir embryology. Pada ketika ini, perkembangan janin adalah seperti berikut:

  • Kepala – berbentuk lebih bulat. Mata, kelopak mata, hidung, mulut, dan telinga telinga kelihatan.
  • Otak – membahagi kepada struktur yang lebih kompleks seperti choroid plexus, cerebellum, lateral ventricles dan vascular plexus.
  • Tangan dan kaki – lebih panjang dan “bergerak” ke bahagian depan badan. Siku mula terbentuk.
  • Sistem pemakanan – mula “berpindah” ke bahagian dalam abdomen.
  • Genitalia – mula membentuk jantina perempuan atau lelaki.

Bagi kandungan kembar (atau lebih), pemeriksaan kehamilan di antara 5-10 minggu adalah sangat penting untuk menentukan jenis kembar. Membran amnion peringkat awal ini boleh memberi gambaran samada kembar seiras atau tidak, atau kemungkinan berlainan jantina atau sama.

Menentukan tarikh jangka kelahiran bukan sahaja untuk mengetahui usia sebenar bayi, tapi boleh mempengaruhi penilaian doktor sekiranya bayi mengalami gangguan pertumbuhan dan pembesaran semasa proses kehamilan (intrauterine growth restriction), ibu mengalami diabetes (gravidum diabetes melitus). Diharap para pembaca dapat faham sedikit sebanyak tentang pentingnya membuat pemeriksaan kehamilan seawal yang mungkin.

Read more articles like this:

Pin It on Pinterest

Share This