Servis Ultrasound
Laman web ini mengumpulkan koleksi artikel tentang ultrasound yang ditulis oleh sonographer dengan lebih 10 tahun pengalaman. Jika anda memerlukan khidmat ultrasound di sekitar Putrajaya, Bangi dan Kajang, boleh hubungi kami untuk temujanji.
Growth Scan
Boleh dilakukan sepanjang tempoh kehamilan. Pemeriksaan ringkas tumbesaran janin
Nuchal Translucency (NT) Screening
Salah satu ciri yang diambil kira untuk ujian saringan NIPT. Dibuat antara 11-13 minggu kehamilan
Fetal Doppler Scan
Pemeriksaan beberapa salur darah bayi dan ibu. Salah satu ujian untuk memantau perkembangan kandungan berisiko atau bermasalah
Kidney / Ureter /Bladder (KUB) Scan
Melibatkan pemeriksaan buah pinggang, pundi kencing , salur kencing dan prostat (bagi lelaki ). Biasanya untuk melihat kewujudan batu karang, tumor dan lain-lain
3D / 4D / HD Scan
Memaparkan imej (3D) atau video (4D) beresolusi tinggi (HD). Ibubapa dapat meihat wajah bayi semasa dalam kandungan
Breast Scan
Pemeriksaan payudara bagi mencari ketulan atau ketumbuhan payudara
Thyroid / Neck Scan
Pemeriksaan kelenjar tiroid atau kelenjar lain di bahagian leher sebagai membantu diagnosis yang lebih tepat
Upper Abdomen Scan
Pemeriksaan organ-organ abdomen secara menyeluruh seperti pankreas, hati, hempedu, aorta , limpa dan buah pinggang
Detail Scan
Pemeriksaan terperinci anggota dan organ-organ bayi termasuk otak , muka , tulang belakang , jantung , abdomen dan lain-lain. Dilakukan antara 18-24 minggu.
Follicular Tracking Scan
Pemeriksaan keadaan follicle di dalam ovari. Dilakukan untuk rawatan kesuburan
Gynae / Pelvic Scan
Pemeriksaan keadaan rahim dan ovari, biasanya untuk melihat kewujudan atau pemantauan fibroid dan cyst. Dilakukan dari bahagian abdomen atau vagina
Hepatobiliary Scan
Pemeriksaan hati, hempedu, limpa dan jaringan salur hempedu. Biasanya bagi mencari batu hempedu atau tumor
Tak pasti servis ultrasound yang anda perlukan?
atau anda juga boleh chat dengan kami melalui applikasi Whatsapp
Soalan-Soalan Lazim
Berapa harga scan ultrasound?
Harga scan ultrasound bergantung kepada servis ultrasound yang diperlukan. Sebagai contoh, harga breast scan berbeza dengan harga detail scan. Untuk maklumat lanjut tentang harga, boleh lawati laman booking
Adakah medical card atau panel klinik diterima?
Sila hubungi kami melalui telepfon atau whatsapp untuk dapatkan kepastian tentang medical card atau panel klinik yang diterima.
adakah pembayaran menggunakan kad debit/kredit diterima?
Ya, bayaran menggunakan kad debit/kredit diterima
Adakah bayaran menggunakan e-dompet (e-wallet) diterima?
Buat masa ini, bayaran menggunakan e-dompet belum lagi diterima. Kami dalam usaha untuk menerimapakai e-dompet.
Boleh kah saya datang tanpa temujanji?
Walaupun kami menerima walk-in patient, tetapi kami sangat menggalakkan anda untuk membuat temujanji terlebih dahulu untuk mengelakkan menunggu terlalu lama. Keutamaan adalah kepada pesakit yang telah membuat temujanji.
Adakah ultrasound scan selamat?
Ultrasound scan (imbasan ultrabunyi) tidak membabitkan radiasi dan selamat.
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Temujanji
- Hadir 5-10 minit sebelum waktu temujanji anda. Ini akan dapat memudahkan anda mendapat parking dan juga mengelakkan anda stress.
- Pastikan anda mengikut arahan untuk samada anda perlu berpuasa atau tidak. Jika tak pasti, hubungi klinik terlebih dahulu.
- Pakai pakaian yang selesa dan sedikit longgar untuk memudahkan anda berbaring di atas katil rawatan.
- Jika anda tidak dapat hadir pada temujanji, pastikan anda menghubungi klinik untuk memaklumkannya sekurang-kurangnya 12 jam sebelum waktu temujanji anda.
Hubungi kami
Call Us
FB Messenger
facebook.com/sonographr
Our Location
No 70, Jalan 7/7a, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor