Apa itu Growth Scan?
Sebenarnya, bukanlah ada nama tertentu setiap kali anda discan. Ini bergantung kepada minggu kehamilan dan apakah objektif ultrasound scan tersebut dilakukan. Growth scan atau yang selalu disebut oleh ibu bapa sebagai “scan biasa” merujuk kepada pemeriksaan ultrasound asas yang dilakukan pada secara amnya selepas trimester 1 (14 minggu ke atas).
Apakah yang diperiksa semasa membuat growth scan?
1. Kedudukan bayi – Melihat bayi songsang (breech) atau tidak.
Semasa trimester kedua, bayi sangat banyak bergerak dan sentiasa berpusing, jadi kedudukan kepala tidaklah begitu penting. Tetapi, selepas lebih kurang 35 minggu, kedudukan kepala bayi perlu diketahui oleh doktor untuk menentukan kaedah kelahiran dan sebagainya.

© WebMD | www.webmd.com
2. Degupan jantung bayi
Aktiviti jantung bayi boleh dilihat melalui imej 2D. Tapi biasanya sonographer akan menggunakan M-mode atau Spectral Doppler untuk mendengar dan mengira degup jantung bayi.

© Marni Ahmad | www.sonographr.com
3. Ukuran badan bayi
Tumbesaran bayi akan dinilai berdasarkan ukuran kepala, abdomen dan tulang peha. Setiap ukuran ini perlu dipastikan bersesuaian dengan usia kandungan. Sekiranya ukuran bayi jauh lebih kecil dari usia kandungan maka pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mencari punca dan menentukan management seterusnya.

© Marni Ahmad | www.sonographr.com

© Marni Ahmad | www.sonographr.com

© Marni Ahmad | www.sonographr.com
4. Berat bayi
Anggaran berat bayi sebenarnya adalah hasil keputusan carta ukuran (kepala , abdomen, dan tulang peha ) badan bayi yang diplot dan diterjemah dalam carta berat.

© Wikipedia | www.wikipedia.org
5. Jantina
Nampak atau tidak jantina ni bergantung kepada minggu keberapa scan dibuat dan juga kedudukan bayi. Biasanya antara 20 – 30 minggu mudah untuk Nampak jantina. Sebelum 20 minggu jantina kadangkala kelihatan kecil, manakala selepas 30 minggu kadangkala kedudukan kaki bayi menghalang jantina dapat dilihat.
Satu tip boleh diguna, lihatlah jantina 2 kali, samada oleh doktor/sonographer yang sama pada waktu berbeza atau oleh pemeriksa yang berbeza pada waktu hampir sama. Cara ini dapat meningkatkan ketepatan melihat jantina bayi.
Jantina bayi takkan berubah ya, kalau semasa scan nampak lelaki tetapi lahir perempuan, hanya ada satu sebab….. pemeriksa salah nampak.

© Marni Ahmad | www.sonographr.com

© Marni Ahmad | www.sonographr.com
6. Kedudukan uri (placenta)
Fungsi utama uri adalah membekalkan nutrisi kepada bayi. Dalam rahim, ia berada di dalam kantung bersama-sama bayi. Uri akan keluar dari rahim secara spontan beberapa minit bayi dilahirkan. Ultrasound digunakan untuk memastikan kedudukan uri tidak berada di atas serviks (laluan kelahiran normal). Sekiranya uri didapati berada di atas serviks, maka doktor perlu menjalankan pembedahan untuk proses kelahiran (caesarean delivery ).

© Marni Ahmad | www.sonographr.com

© Marni Ahmad | www.sonographr.com
7. Keadaan air ketuban
Fungsi air ketuban ialah meyokong tumbesaran bayi. Air ketuban yang cukup menyediakan ruang yang cukup untuk bayi menggerakkan anggota badan dan berpusing. Pergerakan anggota badan yang cukup penting untuk pembentukan tulang dan otot bayi.Sekiranya pada minggu-minggu tertentu air ketuban didapati sangat sedikit maka bayi memerlukan pemerhatian terperinci oleh pakar perubatan. Kehamilan yang “kehabisan” air ketuban boleh menyebabkan bayi lemas.

© Marni Ahmad | www.sonographr.com
8. Keadaan rahim secara keseluruhan
Ini untuk melihat sekiranya terdapat fibroid atau keganjilan lain rahim. Walaubagaimanapun, fibroid yang kecil mungkin tidak kelihatan.
9. Keadaan ovari dan kawasan sekitar rahim
Ovari boleh dilihat jika scan ultrasound dilakukan sebelum 16 minggu. Selepas tempoh ini, rahim agak besar dan ovari tidak kelihatan.
Berapa kali growth scan dilakukan?
Tidak tentu, bergantung tempat anda menjalani pemeriksaan antenatal. Sekiranya anda mendapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan, anda akan discan 2 – 3 kali sepanjang kehamilan. Sekiranya terdapat masalah lain (sebagai contoh, ada risiko Down Syndrome), anda akan dirujuk kepada pakar sakit puan di hospital dan beliau akan menjalankan scan mengikut keperluan. Sekiranya anda mendapatkan pemeriksaan di hospital / klinik swasta, biasanya anda akan discan setiap kali pemeriksaan.
Berapa lamakah tempoh masa diambil untuk growth scan?
Antara 10 -15 minit sahaja.
Adakah laporan akan disediakan?
Biasanya hanya nota ringkas berkenaan scan akan ditulis dalam buku antenatal. Growth Scan hanya menilai tumbesaran bayi secara keseluruhan dan tidak memeriksa organ dan struktur bayi. Organ dan struktur keseluruhan bayi hanya diperiksa sekiranya anda membuat detail scan.
0 Comments