Sesi 3D 4D scan mungkin menjadi antara saat penting sementara menanti kelahiran permata hati. Mungkin inilah kali pertama ibu bapa (mungkin juga atuk, nenek serta ahli keluarga lain yang bakal berada didalam bilik pemeriksaan) dapat melihat wajah dan kelakuan bayi semasa dalam kandungan. Oleh itu, tidak hairan keterujaan ini yang membawa anda “survey” dahulu tips yang boleh membantu untuk mendapatkan imej-imej paling cantik semasa sesi tersebut. Secara saintifiknya, tidak ada satu tips yang paling ideal untuk menjamin anda akan dapat gambar yang sempurna.
Tips ini saya bahagikan kepada 3 topik:
- Sebelum Sesi 3D 4D scan
- Semasa menghadiri sesi 3D 4D scan
- Faktor Keselamatan 3D 4D scan
Tips pertama: Sebelum Sesi 3D 4D scan
Survey melalui kenalan dan google klinik yang menawarkan servis “5 stars”
Tips ini boleh dilakukan seawal 18 minggu kehamilan. Tanya rakan-rakan anda bagaimana pengalaman mereka membuat sesi 3D 4D. Tanya mereka sekurang-kurangnya beberapa perkara ini :
- Adakah mereka selesa dengan layanan keseluruhan?
- Adakah tempoh menunggu appointment dan tempoh menunggu pemeriksaan munasabah ?
- Adakah mereka gembira dengan tempoh pemeriksaan?
- Adakah mereka mendapat jumlah rakaman imej/video yang memuaskan?
- Jika tidak adakah mereka diberi penerangan secukupnya?
- Apakah polisi klinik atau hospital sekiranya gagal mendapatkan imej/video atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan?
Ingat ya, untuk tujuan ini maklumat melalui “word of mouth” walaupun tidak konsisten biasanya lebih telus dan jujur.
Dapatkan appointment pada waktu yang terbaik
Biasanya anda digalakkan membuat 3D 4D kali pertama selepas 26 minggu kerana waktu ini muka bayi sedikit chubby dan comel. Sebaiknya hubungi klinik atau hospital lebih awal kerana ada sesetengah klinik atau hospital mempunyai tempoh menunggu appointment antara 2 hingga 4 minggu.
Sekiranya sesi pertama tidak memberi hasil yang memuaskan, ada juga klinik atau hospital yang akan memberi anda appoinment kali kedua secara percuma atau separa bayaran. Jadi sonographer atau doktor dapat mencadangkan waktu yang lebih sesuai berdasarkan keadaan dalam bayi dalam rahim.
Fahami tabiat waktu jaga dan tidur bayi
Cuba catatkan pukul berapakah bayi anda selalunya aktif dan tidur. Cuba dapatkan appointment pada tempoh masa tersebut. Sesi 3D 4D scan menjadi lebih menarik jika dilakukan semasa bayi aktif kerana anda akan dapat melihat ekspresi muka dan banyak pergerakan tangan dan jari. Tidak salah melakukan 3D 4D semasa bayi tidur, asalkan mukanya boleh diases oleh ultrasound transducer. Sedikit kesukaran sekiranya bayi meniarap atau menutup muka kerana bayi yang tidur lena kurang memberi respon kepada “galakkan luaran” daripada sonographer atau doktor yang cuba membuatkan bayi bertukar posisi.
Banyakkan minum air
Banyakkan minum air kosong 2 minggu sebelum hadir ke sesi 3D 4D scan. Air yang cukup penting untuk mengekalkan hidrasi setiap sel tubuh ibu termasuk placenta. Placenta yang hidrat dan sihat dapat menghasilkan amniotic fluid yang mencukupi. Amniotic fluid sangat penting untuk pembentukan imej yang jelas dalam 3D 4D scan. Anda dicadangkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari dan lebih banyak beberapa hari sebelum appointment.
Tingkatkan pengambilan gula 1-2 jam sebelum temujanji
Sebaiknya makan makanan yang mengandungi gula semulajadi yang tinggi seperti buah pisang, kurma, delima, buah tin atau ceri. Ini untuk cuba menggalakkan bayi tidak tidur sewaktu pemeriksaan.
Tips kedua: Semasa Sesi 3D 4D scan
Pakai pakaian yang longgar dan selesa
Selain berbaring telentang, kerap juga anda akan diminta mengiring. Baju dan kain atau seluar adalah lebih selesa untuk sering bertukar posisi berbanding blaus ketat atau labuh. Tudung pula biarlah yang simple supaya bila anda bangun nanti tudung masih dalam keadaan ayu dan sopan.
Rehat seketika daripada pemeriksaan
Sekiranya muka bayi tidak dapat diases untuk beberapa ketika, anda mungkin akan diminta berjalan-jalan untuk menggalakkan bayi bertukar posisi. Tempoh rehat ini biasanya antara 15-30 minit. Semasa rehat ini, anda harus berjalan dan hanya duduk beberapa ketika jika penat. Anda juga boleh minum jus buah atau makan sedikit coklat sebagai galakkan kepada bayi untuk aktif.
Relaks dan nikmati sesi 3D 4D scan ini
Kerana tiada siapa tahu samada sesi 3D 4D ini dapat menghasilkan imej atau video yang anda harapkan, maka cuba berasa relaks dan jangan terburu-buru. Ada juga pendapat mengatakan bayi dapat merasakan jika ibu berada dalam keadaan stress, mereka akan lebih pasif dan kurang bergerak. Walaupun biasanya ia mengambil masa 15-30 minit, sekiranya bayi tidak memberi kerjasama dan anda harus berehat dan berjalan, ia mungkin boleh mengambil masa sehingga lebih satu jam setengah.
Selepas sesi 3D 4D biasanya anda akan diberikan sekurang-kurangnya sekeping gambar berwarna dan DVD yang mengandungi rakaman imej dan video semasa sesi 3D 4D scan. Ini bergantung kepada polisi klinik anda membuat 3D 4D scan, ada klinik yang hanya merekodkan beberapa imej dan video kerana limitasi masa dan sebagainya. Ada juga tempat yang bermurah hati memberikan anda sehingga 30 rakaman imej dan video di dalam DVD tersebut. Fahami juga, ada beberapa faktor yang menjadi limitasi kepada 3d 4d scan yang berjaya. Walaubagaimanapun, percayalah, keterujaan menghadiri sendiri sesi 3D 4D scan tidak akan sama dengan menonton rakaman video. Jadi pastikan anda membawa seseorang yang istimewa menemani anda menikmati momen ini.
0 Comments