Sedutan daripada artikel yang dipaparkan di harian Metro pada 17 Mei 2018:
Bagi kandungan kembar (atau lebih), pemeriksaan kehamilan di antara lima hingga 10 minggu ini adalah sangat penting untuk menentukan jenis kembar. Membran amnion (selaput paling dalam yang menyelaputi embrio) peringkat awal ini boleh memberi gambaran sama ada kembar seiras atau tidak, serta kemungkinan berlainan jantina atau sama.
Imbasan ultra bunyi pada trimester pertama bukan saja bertujuan menentukan tarikh jangka kelahiran dan mengetahui usia sebenar bayi, tetapi boleh mempengaruhi penilaian doktor sekiranya bayi mengalami gangguan pertumbuhan dan pembesaran semasa proses kehamilan.
Artikel penuh boleh didapati di pautan ini: https://www.hmetro.com.my/hati/2018/05/340560/ujian-kehamilan
0 Comments