Imbasan ultrabunyi – Harian Metro (8 Februari 2018)

Sedutan daripada artikel yang dipaparkan di harian Metro pada 8 Februari 2018

Diterbitkan pada: October 22, 2018

Kategori: Press

Nuchal translucency scan

Sedutan daripada artikel yang dipaparkan di harian Metro pada 8 Februari 2018:

Wanita tidak seharusnya takut menjalani pemeriksaan payudara kerana imbasan ultrabunyi tidak membabitkan radiasi dan selamat untuk semua peringkat usia.

“Ada tiga tujuan utama pemeriksaan ultrabunyi payudara perlu dilakukan. Pertama untuk mengenal pasti jenis benjolan atau ketulan tisu payudara. Oleh kerana prosedur yang mudah dan cepat, ultrabunyi digunakan sebagai ujian pengesanan awal sekiranya terdapat keganjilan ketika pemeriksaan fizikal oleh doktor atau pemeriksaan sendiri di rumah. Antara keganjilan yang biasanya memerlukan pemeriksaan ultrabunyi jika terdapat ketulan payudara atau cairan keluar daripada puting susu.

“Kedua, tujuannya untuk pengesanan barah payudara. Sekalipun mamogram masih dianggap teknik pengimejan utama dalam rutin mengesan barah payudara, namun ia menggunakan prinsip radiasi ion dan tidak digalakkan untuk wanita di bawah usia 40 tahun, terutama mereka yang berisiko tinggi. Tambahan wanita di bawah umur 40 tahun juga terdedah kepada risiko barah payudara, jadi imbasan ultrabunyi lebih banyak menjadi pilihan.

“Selain itu, imbasan ini juga digunakan ketika prosedur biopsi. Sekiranya ketulan atau benjolan yang ditemui dalam imbasan ultrabunyi meragukan, doktor akan menjalankan biopsi dengan bantuan imbasan ini. Biopsi adalah prosedur mengambil sedikit tisu benjolan untuk dihantar ke makmal. Sampel berkenaan akan dikaji sama ada mengandungi sel kanser atau tidak,” katanya.

Artikel penuh boleh didapati di pautan ini: https://www.hmetro.com.my/hati/2018/02/311153/imbasan-ultrabunyi

ARTIKEL DALAM KATEGORI LAIN

KOMEN & DISKUSI

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *